Wednesday, April 4, 2012

KEM PRS/ PPDa DI RESORT AIR TENANG, JANDA BAIK, PAHANG

Tarikh : 23 & 24 MAC 2012

Hari : Jumaat dan Sabtu

Masa : 7:30 am jumaat  -5:00 pm (sabtu)

TempatRESORT AIR TENANG, JANDA BAIK, PAHANG 

Sasaran : 60 orang Ahli PRS & 3 orang guru pengiring

Anjuran : Unit Bimbingan Dan Kaunseling

Objektif :  
  • Memberikan teknik kepimpinan pada ahli PRS 
  • Memberikan kemahiran komunikasi dan kaunseling kepada Ahli PRS 
  • Meningkatkan semangat kerjasama dan jati diri semua Ahli PRS 

Aktiviti

23 Mac 2012

7. 30 PAGI
  • Pendaftaran pelajar di kantin sekolah.  Semua pelajar seterusnya diberikan sarapan pagi berupa nasi lemak dan telur goreng dan sebotol air mineral. Seterusnya PK HEM Puan Norlila bt Omar memberikan taklimat untuk memberi peringatan kepada pelajar tentang tanggungjawab keselamatan dan penjagaan nama baik sekolah sepanjang kem nanti.  Seramai 58 orang pelajar menyertai program ini. Manakala guru pengiring pula adalah Puan Nor Riha binti Zakaria, PK Akademik, Puan Dasimah binti Jalun dan Puan Chen Chai Chai Khoon. Semua pelajar mengikut arahan dengan memakai pakaian lengkap PJK.
9.00 pagi
  • Bas sampai pada jam 8 50 pagi  dan pelajar dan guru bertolak ke Pahang pada jam 9.00 pagi dan sampai di Janda Baik pada jam 11 pagi. Cuaca dan  keadaan bas  sangat baik, pemandu bas juga iaitu En Vijaymalan  juga sangat berpengalaman.Oleh itu perjalanan kami sangat lancar dan sampai dengan selamatnya  di Janda Baik pada jam 11 pagi.
11.00 pagi
  • Pelajar seterusnya di bawa ke Dewan Seminar di Resort Air Tenang, Janda Baik Pahang. Pelajar disambut oleh Seorang Penceramah ddan 2 orang fasilitator dari  Syarikat Master Trainer. Penceramah tersebut adalah En. Rasmizi dan fasilitator adalah En. Tinnesh dan En. Rizal. Fasilitator juga melibatkan  AJK PRS pada tahun 2011 iaitu, Haris Johari, Muhammad Alfiq bin Azli, Nur Faizati Bt Zulkifli, Umi Nadzirah bt Zainal Arifin dan Ain Rosyada.
  • Pelajar menjalankan aktiviti “Empangan pecah”. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan bulan kelahiran, bilangan adik beradik dan  saiz kasut . Pelajar juga secara berkumpulan diminta menjalankan aktiviti “ kasih sayang” untuk mewujudkan jelekitan dalam ahli kumpulan.
12 .00 t/ hari.
  • Pelajar menikmati makan tengah hari di mana menunya adalah ayam masak merah, sayur kangkung dan buah tembikai ,serta minum aiar sirap. Pelajar seterusnya diberikan kunci untuk masuk ke bilik masing-masing , dimana ada kumpulan berempat dan berenam. Pelajar lelaki Islam seramai 10 orang di bawa untuk solat Jumaat oleh penceramah. Pelajar perempuan dan bukan Islam masuk ke bilik penginapan masing-masing. Pelajar  perempuan Islam Solat Zohor di bilik dan mengemas barang keperluan.  Pelajar berkumpul semula di Dewan Seminar pada jam 2.30 petang.
2. 30 Petang
  • Pelajar semuanya berkumpul di Dewan tepat pada jam 2 30 petang.Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan.Seterusnya pelajar menjalankan aktiviti untuk mengetahui tahap fokus pelajar.Pelajar menjalan aktiviti ''spiderman, superman, ultraman, batma''. Aktiviti ''pemburu, hakim dan harimau'' juga dijalankan.
4.30 petang
  • Pelajar diberikan minum petang dan seterusnya solat asar.
5.00 petang
  • Aktiviti yang sangat menarik dijalankan.Aktiviti yang dijalankan adalah :
1.       '' Eksplores Mini Fear factor''
2.       ''River Crossing''

7.30 malam
  • Pelajar solat maghrib, dan makan malam.Menu adalah, Ikan masak merah, sayur, telur dadar dan buah tembikai.
8.30 malam
  • Aktiviti potensi diri yang melibatkan pertandingan antara kumpulan telah dikendalikan oleh En. Shah. Pertandingan adalah Pemilihan, pelajar paling kurus, paling gemuk, paling kuat suara, paling kacak, berdiri di atas telur. Penutupnya adalah pertandingan sajak dalam Bahasa Melayu.
11.00 malam
  • Minum malam dinikmati untuk memberi tenaga kerana selepas ini pelajar akan menjalankan aktiviti '' Jelajah malam''
11.15 malam
  • Aktiviti ''jelajah mala''. Pelajar berjalan di bawah cahaya bulan dan bintang secara berkumpulan. Seterusnya balik ke bilik masiang-masiang secara solo.
1.00pagi
  • Senandung malam. Pelajar tidur dengan sangat lena kerana terlalu penat.
24 Mac 2012 ( Sabtu)

5.30 pagi
  • Pelajar bangun dan solat Subuh. Jam 7.30 pagi adalah aktiviti Senamrobik.
8. 30 pagi
  • Pelajar menikmati sarapan pagi yang berupa nasi goreng dan telur dadar.
  • Seterusnya pelajar menjalankan aktiviti ''Menjelajah Sungai''dan seterusnya Penerokaan Hutan ke Kawasan air Terjun.
12 00 t/ hari
  • Balik dari Aktiviti ''Penerokaan Hutan ''dan menikmati minum the, Kuih donut berinti kacang dan minum air sarsi. Pelajar balik ke bilik, mendi dan solat zohor.
1.45 petang
  • Pelajar makan tengah hari dan bersedia untuk balik.
2.30 t/ hari
  • Pelajar bertolak balik ke SMK Seri Serdang dan sampai di SMK Seri Serdang pada jam 4 30 petang.

















No comments:

Post a Comment