APA ITU PPT?
Ia merupakan kaedah untuk memberi pengiktirafan formal kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan bahawa mereka telah mencapai tahap pengetahuan dan kemahiran seperti yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) yang terkini. Kemahiran dan pengetahuan akan dinilai berdasarkan SKPK yang dipilih. Sistem persijilan ini menyokong Pembelajaran Sepanjang Hayat.
MENGAPA ANDA PERLU DAPATKAN PPT?
- Peluang untuk mengiktiraf pencapaian terdahulu anda seterusnya memberi kepuasan serta motivasi untuk lebih memajukan diri.
- Bidang pekerjaan anda memerlukan kelayakan formal (Sijil yang diiktiraf )
- Peningkatan kerjaya dalam industri pekerjaan anda memerlukan kelayakan formal (Sijil yang diiktiraf) untuk urusan kenaikan pangakat.
- Peluang yang lebih luas untuk anda bertukar kerjaya dan mendapatkan kemahiran lanjutan ke peringkat yang lebih tinggi.
LALUAN PENGIKTIRAFAN
- Permohonan
- Penilaian
- Verifikasi
- Penganugerahan Sijil
BILA SAYA BOLEH MEMOHON?
Bila-bila masa sahaja. Kami sedia membantu anda.Anda ingin tahu lebih lanjut? Sila layari www.dsd.gov.my
No comments:
Post a Comment