Saturday, April 7, 2012

Mengenali Penyakit Mental

Penyakit Mental
Kumpulan penyakit berkaitan pemikiran, emosi dan kognitif yang menjadikan seseorang tidak mampu mengendalikan kegiatan harian dan/atau mengawal tingkah laku mereka yang menyebabkan keperluan asas fizikal dan emosi terancam atau tidak dapat dipenuhi.
Penyakit mental boleh mengenai sesiapa sahaja tidak kira umur, bangsa, jantina, agama atau pendapatan. Penyakit mental bukan disebabkan oleh kelemahan peribadi atau didikan.
Maklumat Penyakit Mental
Memahami penyakit mental boleh memberi kesedaran kepada masyarakat sekeliling untuk menerima dan membantu pesakit mental serta mengurangkan stigma atau pandangan serong terhadap mereka.
Hakikat penyakit mental
·         Penyakit mental adalah gangguan fizikal sama seperti asma atau diabetes.
·         Menguatkan semangat semata-mata tidak dapat mengatasinya.
·         Ia boleh diibaratkan menyuruh seseorang yang patah kakinya berlari.
Mengenali simptom penyakit mental
  • Kemungkinan seseorang mengidap penyakit mental dapat dikenali melalui perubahan ketara pada
pemikiran
emosi
kognotif
tingkah laku 
fungsi sosial
fungsi pekerjaan

Simptom gangguan pemikiran

·         Halusinasi
Sentuh
Rasa
Bau
Presepsi deria tanpa stimulus                
Dengar 
Lihat
              
·         Delusi
Cemburu
Cinta
Agama
Rasukan/ control
Reference
Kepercayaan tanpa asas
Thema-thema biasa
Khianat                                                    
Grandiose


  • Percakapan tidak releven
Idea yang pelek-pelek
Selalu lari dari topik
Membisu atau terlalu kurang bercakap.
Bercakap terlalu
banyak                    
Bercakap besar
Percakapan sukar difahami
Bercakap merapu

Simptom gangguan emosi
  • Kesedihan yang berlebihan dan/atau berpanjangan
  • Keriangan yang berlebihan
  • Mudah marah
  • Hilang keseronokan/ keinginan
  • Resah, gelisah, bimbang, takut yang berlebihan.

Simptom gangguan kognitif
Pelupa
Kurang orentasi terhadap masa, tempat dan orang
Pemikiran konkrit
Judgement yang lemah dan kurang atau tiada ‘insight’

Simptom tingkah laku
  • Melakukan perkara yang pelik-pelik atau tidak masuk akal
  • Gangguan tidur, makan, seksual.
  • Agresif
  • Terlalu aktif atau langsung tidak aktif
  • Kecenderongan untuk membunuh diri atau mencederakan diri
  • Terlibat dengan dadah
Penurunan fungsi sosial dan pekerjaan
  • Penurunan produktiviti kerja
  • Tidak boleh cope dengan tugas atau sering bertukar pekerjaan
  • Suka bersendirian
  • Melibatkan diri dalam bisines atau aktiviti berisiko tinggi dan dianggap bodoh
  • Sering bertelingkah dengan orang lain

No comments:

Post a Comment