Saturday, April 7, 2012

TIP DAN PANDUAN TEMUDUGA

SEBELUM TEMUDUGA 

  1. Selidik profil syarikat / jabatan , jawatan atau bidang tugas yang dipohon
  2. Kenalpasti etika berpakaian di tempat kerja
  3. Ulangkaji hardskill : ini juga merupakan soalan yang sering disoal untuk mengetahui tahap pengetahuan calon mengenai teori dan praktikal bidang yang dipelajarinya. Kegagalan calon menjawab dengan baik boleh menjejaskan peluang untuk mendapatkan jawatan tersebut.
  4. Membuat persediaan berkaitan soalan yang mungkin ditanya.
  5. Kenalpasti lokasi temuduga.
  6. Sediakan sijil-sijil asal beserta salinannya dan resume.
  7. Pastikan sijil-sijil disusun mengikut keutamaan.
  8. Cuba dapatkan nama / gelaran panel temuduga

SEMASA TEMUDUGA

  1. Beri salam atau ucapan selamat kepada panel temuduga
  2. Mendengar dan menjawab soalan dengan betul
  3. Mempunyai keyakinan diri dan motivasi yang tinggi
  4. Bersikap tenang dan tidak gementar
  5. Jangan menguasai sesi temuduga
  6. Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak
  7. Jangan cerita masalah peribadi seperti urusan rumahtangga, kesihatan diri atau masalah kewangan
  8. Jangan bertengkar dengan panel temuduga. Sekiranya calon tidak bersetuju dengan pandangan yang diberi oleh panel temuduga, berilah pandangan lain secara hemah
  9. Jangan mengkritik bekas majikan anda atau mana-mana pihak lain
  10. Jangan mengunyah gula getah atau makan gula-gula semasa temuduga
  11. Jangan menunjukkan 'silent' protes jika lambat dipanggil panel temuduga

AKHIR TEMUDUGA

  1. Biarkan panel temuduga menamatkan sesi temuduga
  2. Apabila sesi temuduga tamat, berilah ucapan terima kasih kepada panel temuduga kerana meluangkan masa dengan anda
  3. Sebaik sahaja sesi temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun. Pastikan barang-barang milik anda tidak tertinggal

No comments:

Post a Comment